Perodua Axia Electrical — EV Improvements MyKar 3.0 diperinci; 220 km jarak, penukaran serendah RM20k

26

[ad_1]

Dua tahun selepas mendedahkan kenderaan elektrik konsep MyKar, syarikat start-up Malaysia, EV Improvements kini tampil pula dengan prototaip MyKar yang baru dan diberikan gelar 3.0, dan kali ini ia menggunakan sebuah Perodua Axia.

Syarikat itu yang merupakan sebuah anak syarikat penyedia teknologi maklumat dan komunikasi tempatan System Consultancy Providers (SCS) memaklumkan mereka memulakan projek Axia Electrical ini pada awal tahun, dengan memerlukan masa sebulan untuk diselesaikan. Kereta asasnya adalah sebuah Axia, yang telah diturunkan enjin pembakaran dalamannya.

Di ruang enjin berkenaan diletakkan elemen mekanikal dan elektronik yang diperlukan untuk sistem terbabit, yang menggunakan pek bateri berkapasiti 23 kWh, yang memberikan jarak perjalanan sejauh 220 km untuk satu cas penuh. Dengan adanya pengecas dalaman 6 kW, ini bermakna unit berkenaan boleh dicas penuh dalam masa sekitar empat jam. Pengecas AC Sort 2 disorokkan dengan kemas di sebalik penutup tangki isian minyak Axia.

Tidak seperti unit awal MyKar, yang mempunyai pek bateri 10 kWh (kemudian, 28.7 kWh untuk versi 2.0) yang dietakkan di bawah kerusi belakang, kedudukan ini dipilih kerana ketersediaan ruang yang ada dan tidak memerlukan sebarang ubah suai apa pun untuk kerusi belakang.

Platform sedia ada, hanya keluarkan enjin dan sistem pacuan

Seperti yang dijelaskan oleh ketua EV Improvements, Ahmad Zaki Yaacob, hasratnya adalah untuk menjadikan projek ini seringkas mungkin dan kekal dengan fungsi sedia ada Axia, untuk menunjukkan apa yang boleh dibuat untuk pertukaran secara langsung. Kerusi kekal sama, sama juga dengan barangan lain seperti cermin pandang belakang, yang mana di dalam kereta projek terdahulu terdiri daripada sistem kamera dan skrin LCD berkembar.

Jika unit MyKar awal sebelum ini perlu memanfaatkan sistem pendingin solid-state dan bateri berasingan sebagai sumber kuasanya, versi Axia kali ini mengekalkan penggunaan sistem pendingin asal, dengan pengawal 12 volt mengendalikan agihan yang diperlukan untuk pendingin serta elemen pencahayaan dan aksesori, semuanya menggunakan pek bateri yang sama.

Pemasangan sistem pacuan elektrik juga telah menambahkan sedikit berat kepada kereta ini. Axia asas biasa mempunyai berat 820 kg, dan elektrifikasi telah menambah lagi 70 kg kepada berat itu. Ini menjadikannya sama berat dengan kereta porjek MyKar yang terdahulu, yang menggunakan kerangka adan dari gentian kaca komposit DK Composites — yang meminjam bentuk Honda Jazz — dan diletakkan di atas ladder fram/casis tubular yang diubah oleh EV Improvements. Itu menjadikan beratnya 900 kg.

Hab motor yang sama, tetapi dengan pengawal dan perisian baru

Seperti sebelum ini, Axia Electrical ini menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang, dan dua hab motor 12 kW yang sama digunakan seperti mannequin MyKar terdahulu. Bagaimanapun, pengawal dan perisiannya adalah baru, menjadikannya lebih mudah untuk dilaksanakan.

Axia berkenaan menggunakan rim 14-inci yang sama seperti yang sebelum ini, kerana mudah untuk memasang hab motor yang digunakan itu. Konfigurasi itu juga bermakna yang tayar belakang sedikit terkeluar daripada badan kenderaan, dan ini masih tidak dapat dielakkan walaupun menggunakan gandar baru.

Output masih sama seperti sebelumnya, iaitu 24 kW (32 hp, tetapi boleh digandakan hingga 48 kW atau 64 kW), sementara tork kini 100 kg/m (980 Nm), walaupun nisbahnya bermaksud angka tarikan yang disalur akan lebih rendah daripada itu. Dari sudut prestasi, Axia Electrical mempunyai laju maksimum 128 km/j dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 11 saat; meningkat agak ketara dari unit MyKar sebelum ini, yang hanya memberikan 104 km/j laju maksimum dan 0-100 km/j dalam 16.7 saat.

Di dalam, mannequin prototaip ini menggunakan head unit Android yang besar, terpasang di konsol tengah. Ini menjadi paparan bagi setiap maklumat yang ada berkaitan sistem EV dan juga mengendalikan hal infotainmen. Tombol bulat di tengah pula digunakan untuk memilih gear (R, N, D).

Beza penggunaan casis sedia ada

Seperti unit MyKar 2.0, kami sempat mencuba Axia Electrical, dan bezanya adalah casis monocoque sedia ada yang diberikan Axia, dengan kelainan memang dapat dirasakan walaupun baru saja memulakan pandu uji.

Antara kelainan yang dimaksudkan, semua aspek pemanduan kini terasa lebih menyatu seperti memandu kereta biasa. Sistem janaan kuasa juga dirasakan cukup responsive. Ada kedengaran dengung dari motor elektrik ketika memulakan pergerakan (dan ketika ingin memberhentikan kereta), tetapi ketika bergerak ia terasa sangat lancar.

Pemanduan memang tidak jauh ketika itu, tetapi sudah cukup untuk dapat merasakan keserasian dan kesepaduan yang diberikan dengan penggunaan casis sebenar tersebut. Dalam kelajuan sekitar 60-70 km/j, kereta berkenaan terasa seperti Axia commonplace, dengan suspensi asal memberikan maklum balas yang seadanya, melainkan hentakan yang ketara akan menunjukkan rasa sedikit keras di belakang.

Mengapa Axia yang dipilih, dan bukannya Myvi, misalnya? Zaki menjawab, kerana Axia lebih murah. Tujuan projek ini adalah untuk menunjukkan bagaimana sistem asas berkenaan dapat memberikan penawaran asas dalam pasaran. Tentang kos pembangunan, keseluruhan sistem (bateri, elektronik, motor, ubah suai mekanikal, mounting motor) menelan belanja RM50,000, tidak termasuk harga Axia itu sendiri.

EV Improvements memanfaatkan Axia Electrical untuk menunjukkan kemungkinan teknologi berkenaan untuk dipasangkan sebagai sistem modular dan boleh dilakukan terhadap banyak kereta, dengan potensi peralihan dari enjin konvensional kepada EV, sekiranya nanti peraturan membolehkan perkara itu untuk dilakukan. Beliau menambah, dengan skala yang lebih besar, kos sistem berkenaan boleh diturunkan sehingga RM20,000.



[ad_2]
Source link