Rifat Sungkar ketuai trio pemandu Mitsubishi Ralliart di Asia Cross Nation Rally 2022 dengan Triton T1

24

[ad_1]

Pasukan Mitsubishi Ralliart hari ini secara rasmi mengumumkan barisan pemandunya untuk perlumbaan Asia Cross Country (AXCR) 2022 yang akan berlangsung di November nanti. Tiga buah Mitsubishi Triton akan digunakan oleh Ralliart pada rali rentas negara berkenaan, dan ia diterajui oleh ikon rali Mitsubishi Indonesia iaitu Rifat Sungkar, serta dua orang pemandu Thailand iaitu Chayapon Yotha dan Sakchai Hantrakul.

Oleh itu, pasukan Mitsubishi Ralliart untuk AXCR 2022 ini adalah paduan tiga negara iaitu Mitsubishi Motors Corp (MMC) dari Jepun, Tant Motorsport dari Thailand dan juga Mitsubishi Motors Indonesia yang diwakili oleh Mas Rifat sebagai pemandu utama.

Berbeza dengan Xpander Rally Workforce di mana Rifat bergandingan dengan M.Redwan di dalam Mitsubishi Xpander AP4, bagi AXCR 2022 ini pemandu handalan Indonesia berkenaan akan dibantu oleh juruarah berpengalaman dari Thailand iaitu Chupong Chaiwan. Rifat memulakan kariernya sebagai pemandu rali dengan menyertai kejohanan Dash Rally Nasional Indonesia pada 1996. Dalam percubaan tahun pertama berkenaan Rifat berjaya merangkul gelaran naib juara kejohanan tersebut. Dan pada tahun berikutnya, Rifat berjaya bergelar juara Junior Rally dan Kejohanan Dash Rally.

Rifat turut pernah membuat kemunculan dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC), dan memenangi podium pertamanya pada 2012 di Perancis untuk kategori Group N. Rifat juga merupakan individu yang mencetuskan thought untuk menghasilkan jentera rali Xpander AP4 (Asia Pacific 4WD), dan menggunakan MPV rali pertama yang dibina menggunakan spesfikasi AP4 berkenaan dalam Kejohanan Dash Rally Indonesia untuk musim 2019 dan 2021.

Nama Rifat juga tidak asing di Malaysia kerana beberapa kali menyertai perlumbaan rali di sini, pernah memandu Proton Satria Neo Cusco N2 pada pusingan ke-8 Kejohanan Rali Jepun 2011, serta menyertai Method Drift Malaysia 2009 dengan memandu Proton Waja pacuan roda belakang yang dibangunkan oleh Proton R3.

Tahun ini Rifat dan Xpander Rally Workforce bukan sahaja mengambil bahagian dalam Kejohanan Rali Nasional Indonesia, malah bakal membuat penampilan di Kejohanan Rali Asia Pasific (APRC) di Rali Danau Toba 2022 bermula pada 23 September ini, menentang jentera-jentera AP4 lain dari rantau Asia Pasifik.

Juru arah Rifat iaitu Chupong Chaiwan juga tidak kurang hebatnya. Dia telah mula menyertai perlumbaan rali sejak period 90’an dalam pelbagai rali di sekitar Asia termasuk Malaysia. Malah Chaiwan juga agak berpengalaman dalam AXCR, dengan menduduki tangga ketiga pada AXCR 2014 dan naib juara pada AXCR 2015; memang calon yang sesuai untuk membantu Rifat yang pertama kali menyertai AXCR tahun ini.

Bagi Chayaphon Yotha pula, dia merupakan antara pemandu rali muda yang kini sedang meningkat naik di Thailand, dan telah memenangi pelbagai rali dan perlumbaan litar sejak 2012. Antaranya termasuk Thailand Tremendous Sequence, TWC Cross Nation Rally, RAAT Thailand Endurance Championship Worldwide, Thailand Autocross Championship, dan baru-baru ini adalah rali 12 Jam Idemitsu Tremendous Endurance Rally dalam kategori T1 Open.

Chayaphon juga merupakan juara bagi kategori Supercar GTC dalam Thailand Tremendous Sequence untuk musim 2019, dan bergelar juara dua tahun berturut-turut (2019, 2020) untuk Porsche Spirit Trophy.

Untuk AXCR 2022, Chayaphon dibantu oleh juruarah veteran, Peerapong Sombutwong yang berusia 51 tahun. Peerapong mula terjun ke sukan permotoran sejak tahun 1991, dan telah memenangi pelbagai perlumbaan. Antaranya Worldwide Rally of Thailand (King Cup) 2004, dan Australian Safari 2012. Perrapong juga merupakan juara keseluruhan ACXR dari 2014 hingga 2019.

Manakala untuk pemandu ketiga pasukan Mitsubishi Ralliart iaitu Sakchai Hantrakul juga seorang lagi pelumba hebat dengan pengalaman selama 30 tahun. Dia merupakan juara dalam pelbagai perlumbaan termasuk Mitsubishi Gymkhana Problem Ralliart Cup 1989, Pennzoil Rally Championship of North Thailand Rd.1 Group A 1991, Singha Thailand 4×4 Rally Championship 2004 dan RAAT Thailand Rally Championship 2022.

Sakchai juga pernah menyertai Dakar Rally pada tahun 1996 dengan memandu Mitsubishi Pajero, dan sejak itu dia menjadi wajah yang sangat sinonim dengan Mitsubishi. Dalam AXCR 2022, Sakchai dibantu oleh juru arah berpengalaman Kittisak Klinchan yang telah memenangi pelbagai rali di Thailand.

Bagi AXCR 2022, pasukan Mitsubishi Ralliart akan diketuai oleh prinsipal dari Jepun, iaitu lagenda Ralliart dan juara Rali Dakar dua kali (202,2003) Hiroshi Masuoka. Untuk jentera, Mitsubishi mempertaruhkan jentera rali Triton yang dibina oleh Tant Motorsport Thailand dengan spesifikasi FIA Group T1, dengan bantuan teknikal terus dari Mitsubishi Motors Corp. (MMC) di Jepun.

Walaupun Triton berkenaan dihasilkan dengan regulasi “prototaip kenderaan rentas negara”, ia sebenarnya masih sangat hampir dengan mannequin produksi sebenar yang dijual di bilik pameran.

Ia masih dijana oleh enjin 4N15 2.4 liter empat silinder MIVEC turbodiesel, dan masih menghasilkan kuasa 181 PS dan tork maksima 430 Nm sama seperti Triton biasa. Walaupun angka kuasa berkenaan dilihat sama, sebenarnya enjin berkenaan telah diolah semula oleh HKS, dengan pemadanan komponen yang lebih ringan serta kurang geseran bagi memberikan respon lebih baik pada takat rpm pertengahan yang selalu digunakan dalam perlumbaan rali.

Trak pikap ini juga masih dibekalkan dengan kotak gear guide enam kelajuan, bersama sistem pacuan empat roda Tremendous Choose 4WD II. Ubahsuai lain yang dibuat pada sistem penghantaran kuasa Triton rali ini termasuk penggunaan unit LSD dari Cusco pada gandar hadapan dan belakang.

Konfigurasi asal suspensi double wishbone dengan spring gegelung di hadapan dan gandar hidup bersama spring dedaun di belakang masih kekal, tetapi ia kini menerima set penyerap hentak boleh laras dari Cusco bagi disesuaikan dengan laluan off-road sepanjang rali berkenaan.

Brek trak pikap rali ini juga dipertingkat dengan dilengkapkan cakera berliang di hadapan dan belakang bersama angkup empat omboh, kesemuanya dibekalkan oleh Infinite. Manakala untuk roda, ia menerima set rim aluminium aloi dari Work bersaiz 17-inci x 8J bersama tayar Yokohama Geolander M/T G003 bersaiz 265/70R17.

Badan Triton ini juga diringankan lagi dengan pemadanan hud penutup enjin dan juga kesemua pintu yang diperbuat dari materials gentian karbon. Ia juga menerima kelengkapan tipikal sebuah jentera rali cross nation termasuk set roll cage lengkap dengan tempat duduk perlumbaan, set snorkel untuk ‘menyelam’ menyeberangi sungai, serta dua set roda gantian yang diletakkan pada mattress belakang.

Asia Cross Nation Rally 2022 ini akan berlangsung bermula 21 hingga 26 November nanti, bermula di Buriram, timur laut Thailand dan kemudian merentas sempadan Kemboja. Perlumbaan sejauh 1,700 km berkenaan akan menyaksikan kesemua peserta perlu berhadapan laluan di kawasan pergunungan, hutan, jalan berlumpur, menyeberang sungai, kawasan berpasir, dan juga litar lumba, berakhir di tapak Warisan Dunia, Angkor Wat yang terletak di Kemboja.

Dalam sesi shakedown yang dibuat di Grand Prix Motor Park, Kanchanaburi, Thailand dua minggu lalu, kami turut berpeluang untuk merasai kebolehan Triton Ralliart T1 menerusi sesi “Taxi Experience” bersama Chayaphon Yotha di atas laluan rali. Pengalaman merasai sesi tersebut boleh anda baca pada PAUTAN INI.

GALERI: Mitsubisihi Triton Ralliart T1 AXCR 2022

GALERI: Replika Mitsubisihi Triton Ralliart T1 AXCR 2022



[ad_2]
Source link