Proton sasar jual 800-1,000 unit EV sensible setahun di Malaysia; sasaran kumulatif 10k unit menjelang 2027

27

[ad_1]

Pagi tadi Proton dan sensible secara rasminya telah pun memuktamadkan perjanjian di mana Proton dilantik secara sah sebagai pengedar kenderaan jenama tersebut bukan sahaja di Malaysia, malah untuk pasaran Thailand yang akan bermula suku keempat tahun hadapan. Dalam majlis berkenaan, Proton turut ada menyatakan jumlah sasaran jualan mereka untuk kereta elektrik penuh (EV) jenama tersebut.

Menurut naib CEO Proton Roslan Abdullah dalam sidang media ketika majlis itu, syarikatnya mensasarkan untuk menjual sekitar 800 hingga 1,000 unit EV sensible setahun di Malaysia, dan jumlah sasaran kumulatif jualan menjelang 2027 adalah 10,000 unit.

“Apa yang sensible tawarkan adalah produk premium, jadi apabila anda mempunyai produk yang premium berbanding jenama EV lain, saya rasa kami tahu bahawa barisan produk [akan datang] agak sukar untuk diletakkan pada paras di bawah RM150,000,” kata Roslan.

Beliau turut menyatakan bahawa berdasarkan tahap pendapatan sesetengah pembeli dalam segmen lebih muda, Proton mensasarkan untuk menjual produk ini kepada mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun, di mana sebahagian daripada mereka sudahpun dilihat mampu memiliki kereta dengan harga lebih dari RM200,000.

Ini bukan pertama kali sensible bertapak di Malaysia. Ketika jenama ini masih sepenuhnya milik Daimler AG, ia dijual dipasaran tempatan oleh DaimlerChrysler Malaysia (sekarang dikenali sebagai Mercedes-Benz Malaysia). Bermula 2019, sensible telahpun bekerjasama dengan Geely dan ia hanya akan menghasilkan model-model EV.

Bagi mannequin pertamanya di bawah kerjasama ini iaitu smart #1 dan model-model seterusnya, ia masih menerima rekaan dari Mercedes-Benz tetapi pembangunannya dibuat oleh Geely dengan menggunakan platform Sustainable Electric Architecture (SEA) yang dihasilkan oleh gergasi automotif China berkenaan.

Dengan termeterainya perjanjian pengedaran am di antara Proton dan sensible Vehicle Firm hari ini, sensible #1 juga akan menjadi mannequin pertama yang akan dijual oleh Proton di Malaysia, dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2023.

sensible #1 membuat kemunculan sulung globalnya di Berlin, Jerman pada awal April lalu, dan kemudian dilancarkan pada pasaran China pada hujung bulan yang sama. Buat masa sekarang ia ditawarkan dalam versi motor elektrik tunggal berkuasa 272 PS dan tork maksima 343 Nm bagi memacu gandar belakang, disuap dengan bateri berkapasiti 66 kWj bagi memberikan jarak gerak sejauh 440 km berdasarkan kitaran WLTP.

sensible juga sudahpun mendedahkan varian prestasi untuk mannequin ini yang diberikan lencana Brabus, yang bukan sahaja nampak lebih garang, malah dikatakan bakal menerima satu lagi motor untuk memacu roda hadapan dan mempunyai bekalan kuasa keseluruhan lebih 400 hp. Namun sama ada ia turut akan di bawa ke Malaysia atau tidak masih belum di ketahui.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Proton turut menyatakan bahawa mannequin operasi pengedaran untuk jenama ini di Malaysia akan dibuat berdasarkan operasi sensible di pasaran lain. Syarikat itu juga memberitahu ia akan membuat pelaburan dalam rangkaian pengecasan EV dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan, disamping menyedia dan memasang unit domestik untuk pelanggan yang berhasrat mengecas kenderaan mereka di rumah.



[ad_2]
Source link